Manusia mencuba pelbagai cara untuk bahagia. Ada yang mendaki gunung, merenung ciptaan Allah. Ada yang menyelam laut, hingga merisikokan diri myawanya sendiri. Ada yang bermain musik, mendamaikan sekeping hati yang lara. Ada juga yang memilih untuk menghisap dadah kerana percaya akan beroleh ketenangan itu.
Dan sebenarnya bagaimana kita seharusnya mencari ketenangan itu?
Ayuh kita betulkan minda kita, bahawa ketenangan dunia itu sifatnya sementara. Tiada yang kekal abadi.
Saya sering bertanya pada diri? Kenapa perlu bahagia? Bukankah hidup seadanya pun ok? Xperlu susah2 mencari bahagia. Kalau bahagia ok, xbahagia pn ok. Kan hidup x lama.
That was my original thinking. But sitting here and listen to him, suddenly my mind was twisted. Kerna hidup xlama, maka berbahagialah. Bak kata mat salleh, live life to the fullest. *tapi knapa susah yer :'(
...... bertanya "Apakah yang menjadikan kita ini tenang, bahagia?
Rasulullah saw menjawab, "1. Jaga lidah kamu, 2. Luaskan rumah kamu, 3. Menangis lah pada kesalahan yang kamu lakukan"
Ayuh kita semak satu persatu
1. Jaga Lidah
Kalau ada masalah, jangan rujuk hati dan perasaan. Tapi rujuklah Allah dan Rasul. Peganglah quran dan hadith erat.
Dan ingatlah peringatan yg sepi tak bersuara, MATI. Dan kalaulah mereka yang mati, boleh bersuara, dan kalaulah kita dapat melihat satu persatu yang mereka rasakan di kubur. Bahkan sejak diarak ke kubur, suasana sunyi sepi.
"Fal ya qul khairan au liyasmut"
Berkata baik atau diam
tapi itulah kita, serba ada yang tak kena nak dikomen mulut. Lihat org gemuk, kata, lihat orang hitam pun kata, kreatif sungguh kita ni kan. Ada saja alternatif akal kita nak mengulas setiap yang dilihat.
Justeru tak boleh ke? Tidaklah haram. Tapi, siapalah kita nak mengata orang. Bukanlah kita dapat mengubah hal yang dikata itu. Bukankah lebih baik jika kita berzikir, membaca quran dan sentiasa berpesan-pesan.
No comments:
Post a Comment