Alkisah sabar

Mudah benar marah. Benarlah sabar itu adalah pada saat pertama menerima ujian. Dan saya gagal *sigh*

Pada suatu hari,  sy ke satu2nya kedai pizza di pekan kecil ni. Dan kebiasaan saya adalah order island supreme. Dan itu sahaja. Kalau tak dapat yang tu saya tak akan pesan apa2.

So seperti kebiasaan saya akan order n kecewanya saya bila dah kali ke dua datang pizza kegemaran saya tu tak ada. Mulut tak smpat ditahan mengomel pada pekerja, "bila pizza nak ada ek. Dah dua kali datang tak ada ni" dan saya terus berlalu pergi. Ya,  memang dingin.

Baru hal itu pun tak dapat ditangani dengan sabar. Apalah fatihah. Ingat lagi suatu ketika saya pernah mengadu kepada abah,  kenapalah mudah sangat nak marah,  sedangkan org tersebut bukannya buat apa pn kat kita.

Jawapan abah mudah,  tak berbelit panjang namun zasss terpanah.
"habis tu,  apa guna kak long baca mathurat dan quran"

Gulp.sila pikir sendiri selanjutnya

No comments:

Post a Comment