Lama rasanya tidak membuat coretan hati, dek kerana kurang membaca. Jadi hari ini, nak ambil kesempatan untuk menulis sedikit sambil merefresh kembali hati dan menyemak fikiran.
Alhamdulillah baru-baru ini berkesempatan membaca satu nukilan daripada Salim A.Fillah dalam bukunya berjudul . Insya Allah dalam batas masa ini, saya cuba kongsikannya, moga bermanfaat buat yang membaca dan terutama buat yang menulis in.
Perihal hati ini sering dibahaskan dalam pelbagai hal. Hatilah yang menentukan baik buruk seseorang. Jika baik hati maka baiklah jasadnya, jika buruk hatinya, maka buruklah jasad. Waiyazubillah. Moga Allah membersihkan hati ini dari segala sifat mazmumah dan perkara yang membawa kepada kemungkara, ameen ameen ya Rabb.
Hati letaknya di dalam dada. Dan syaitan itu tidaklah mempunyai akses terus kepada hati kita, namun cukup sekadar di dada. Syaitan dengan setia dan istiqamah melakukan tugasnya untuk terus menyesatkan manusia dari jalan kebenaran. Itu janjinya. dan janji Allah, mereka tidak akan mampu untuk mengacau hamba-hamba Allah yang mukhlis. Moga ALlah menjadikan kita semua sebahagian dari hambaNya yang diberi perlindungan, ameen.
Jangan dimarahi syaitan jika kita yang menjadi jahat. Jika kita yang berat sekali melakukan kebaikan. Kerana dia hanya menggangu dan mengetuk-ngetuk pintu hati agar kita melakukan kejahatan atau kemungkaran. Nah, jika kita yng membuka pintu itu, nescaya dengan mudah dia akan masuk dan mengotori kita. Jadi, ayuh kita ucapkan 'Auzubillah' dengan sekeras-kerasnya agar terbang jatuh tersungkur semua syaitan itu. Ya Allah kurniakanlah kami kekuatan itu ya Allah.
Suatu hari sahabat bertanya kepada nabi
Dari Nawas bin Sam’an rodhiallohu ‘anhu bahwa Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kebajikan
itu adalah budi pekerti yang baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu
yang menggelisahkan perasaanmu dan yang engkau tidak suka bila dilihat
orang lain.” (HR. Muslim)
Justeru, hati itu besar sekali perannya. Ialah yang akan memutuskan sama ada ianya dosa atau kebaikan. Jika hati kotor, mana bisa ianya getar dan menjadi siren untuk memberitahu kita suatu hal itu dosa. Waiyazubillah.
Suatu hari, dalam Peperangan Tabuk, suatu peperangan yang membutuhkan begitu banyak pengorbanan. Kala itu, musim panas dan buah sedang masak ranum semuanya. Ah hati begitu berat untuk pergi ke medan jihad. Tika itulah mereka perlu meninggalkan kekayaan yang menanti dan langsung pergi menghayun senjata. Tika itu juga banyak hal yang bisa menganggu gugat dan membuatkan mereka tinggal dan tidak turut serta. Ka'ab Bin Malik r.a. seorang sahabat yang fasih bicara dan terpuji tidak turut serta dalam peperangan itu. Boleh saja dia menipu dan memberikan alasan kenapa beliau tidak turut serta. Namun hatinya nuraninya tulus berbisik untuk tidak melakukan hal itu. Beliau dengan jujur mengaku dihadapan baginda nabi saw, bahawa beliau tidak mempunayi sebarang alasan. Allahuakbar. Walau pahit kebenaran itu, namun beliau siap memikul apa saja hukuman yang bakal diberikan.
Kaab bin Malik telah dipulaukan selama 50 hari. Alangkah pilu hati apabila senyum tidak disapa sahabat. Apabila melihat baginda nabi, namun baginda mengalihkan pandangan. Allahurabbi. Terasa sempit dunia ini buat Kaab bin Malik. Dalam tempoh itu beliau telah menerima surat dari Raja Ghassan yang menawarkan perlindungan buat beliau. Jika kita ditempat beliau, bisa jadi kita langsung melarikan diri kesana dan mencari suatu kehidupan selepas dipulaukan sebegitu rupa. Namun Kaab kuat dan terus berada di bumi Mekah menjalani hukuman beliau.
Hingga hari ke 50, beliau menerima kabar gembira bahawa taubatnya diterima. Allahuakbar Allahuakbar.
Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan firmanNya:
لَّقَد
تَّابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ
الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ مِن بَعْدِ مَا كَادَ
يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِّنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّهُ
بِهِمْ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ, وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا
حَتَّىٰ إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ
عَلَيْهِمْ أَنفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَن لَّا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا
إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ هُوَ
التَّوَّابُ الرَّحِيمُ, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ
وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
“Sesungguhnya Allah telah menerima
taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar yang mengikuti
Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir
berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. Dan terhadap tiga
orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi
telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa
merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah
mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan
kepadaNya saja. kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap
dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penerima Taubat lagi
Maha Penyayang. Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah,
dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” (QS. At-Taubah:
117-119)
Ka’ab berkata, “Demi Allah, saya belum pernah merasakan nikmat Allah
yang lebih besar selain dari petunjuk yang Allah berikan kepadaku berupa
Islam. Begitu pula tidak ada yang lebih besar dari kejujuran saya di
hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga saya tidak
berdusta kepada beliau. Seandainya saya berdusta niscaya saya akan
dibinasakan sebagaimana binasanya orang-orang yang berdusta.
Sesungguhnya Allah berfirman kepada orang-orang yang berdusta ketika
disampaikan wahyu kepada mereka dengan mensifati mereka dengan
pensifatan yang sangat buruk di mana Allah telah berfirman:
سَيَحْلِفُونَ
بِاللَّهِ لَكُمْ إِذَا انقَلَبْتُمْ إِلَيْهِمْ لِتُعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ
فَأَعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ إِنَّهُمْ رِجْسٌ ۖ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ, يَحْلِفُونَ لَكُمْ لِتَرْضَوْا
عَنْهُمْ ۖ فَإِن تَرْضَوْا عَنْهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَرْضَىٰ عَنِ
الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
“Mereka (orang-orang munafik) akan
bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu kembali kepada
mereka, supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menuntut mereka). Maka
berpalinglah mereka, karena sesungguhnya mereka itu adalah kotor (najis
)dan tempat mereka adalah neraka Jahannam sebagai balasan atas apa yang
telah mereka kerjakan. Mereka bersumpah padamu supaya mereka suka
padamu, tetapi seandainya kamu suka pada mereka maka sesungguhnya Allah
tidak suka terhadap orang-orang fasik.” (QS. At-Taubah: 95-96)
Dan sungguh hati itulah perisai orang mukmin.
https://www.facebook.com/notes/fandi-satia-engge/kisah-taubat-kaab-bin-malik-radhiyallahuanhu-yang-sangat-mengharukan-dan-penuh-h/10151682343325149/
No comments:
Post a Comment