Ukhwah Snow Ice

Ukhwah merupakan unkapan yang sering kita dengar. ungkapan seperti 'ukhwah itu indah', 'berjumpa tak jemu, berpisah tak gelisah', 'ukhwah fillah abadan abada', semuanya menggambarkan manisnya sebuah ikatan pertemuan itu. Tapi hakikatnya, kata-kata itu tinggal kata2 sahaja seandainya tidak dirasai, tidak dialami sendiri. Well experience has always been the best teacher, ai.

Hakikatnya dari dulu saya mencari erti manisnya sebuah ukhwah. Apa yang membezakannya dengan sebuah persahabatan biasa? Apa yang sangat special? tahun demi tahun, alhamdulillah tahun ini Allah izinkan saya merasai secebis manisnya ukhwah itu. Pelbagai cara Allah tunjukkan, satu persatu yang membuatkan saya rasa 'flattered' dengan kasih sayang ini. *Ouch susah sebenarnya nak saya mengaku macam ni* tapi ini hakikatnya. Seperti seorang teman saya katakan, jangan pernah jemu memberi, kerana erti hidup pada memberi. dan sedikit demi sedikit saya cuba menyelami frasa itu. Tapi apa yang bestnya ukhwah, mungkin tak akan saya share sekarang, just a bit reflection of what we did this evening:)Sepetang ini saya sort of 'hang out' dengan insan2 istimewa. Memang membahagiakan bila melihat senyuman mereka, mendengar gelak tawa mereka, dan mengabadikan setiap ekspresi unik mereka (sekarang saya dah senyum2 teringat muka sorang2 huhu). And one of the thing we did was, enjoying our snow ice. It looks great at first; with all the garnishing; strawberry ice cream terletak elok ditengah dan dihiasi pula dengan whipped cream dan icing sugar, pastu ada pula snow ice yang sangat amat lembut dihiaskan dengan strawberry syrup, chocolate syrup etc etc. But since tunggu waffle yang lambat siap, snow ice melted. Dah jadi macam bukit yang hampir ranap. Tapi kan, bila makan the taste remain (maybe not 100% though); and anda masih akan tersenyum bila memakannya. huhu. maybe saya bias sebab saya mm suka ice cream:)

I was thinking, adakah ukhwah seperti ice cream itu? Selalu digambarkan dengan perkara2 yang indah, ukhwah itu best sebab kita akan berpesan2, ukhwah itu best sbb we will always be there for each other dan sebagainya. Tapi hakikatnya, keindahan itu kita tak akan hargai selagi kita tak merasainya sendiri. Ruang untuk bersahabat itu pasti telah disediakan Allah, kawan ada jek disekeliling kita, tapi jika kita tak hargainya, x cherish mereka, lama kelamaan ia akan cair, pudar. Hati mereka mungkin akan pudar juga. Lama kelamaan people around will notice that something is wrong with the ukhwah, and if you leave it lama2 ia akan cair lagik dan jika terlalu lama, mungkin akan kehabisan masa untuk merasai manisnya sebuah persahabatan itu. Tapi hakikatnya kan, no matter how kita rasa ukhwah sesama kita teruk, or hati kita susah nak terima kawan kita, percayalah bahawa sentiasa ada ruang untuk memperbaikinya. Ukhwah itu masih boleh diselamatkan, masih boleh dirasai manisnya. Macam snow ice tuh, nampak jek dah tak menarik, dah cair, tapi bila makan still sedap jek. As long as kita cepat bertindak dengan syaratnya. Manisnya ukhwah itu insya Allah tetap sama, dengan izinnya. Kerana DIA yang memegang hati2 kita. Seandainya kita infaqkan seluruh harta kita pun pasti kita tak dapat memikat hati manusia [8:63] Merujuk kepada snow ice tadik, walaupun dah hampir ranap, tapi bila kita sama-sama makan, sama-sama 'menyuap' each other, kita akan lupa dengan hakikat ianya sedang mencair. Terbuai dengan manisnya ukhwah itu. ~Wallahua'lam~

Hakikatnya, ukhwah itu indah. Dan akan bertambah indah jika kita sama2 memperbaikinya, kerana Allah ingin melihat sejauh mana kita ingin berusaha untuk menghadapinya. Seperti juga kisah Maryam ketika melahirkan Musa. Hakikatnya Allah boleh menjatuhkan buah kurma itu ke riba Maryam di saat dia sakit melahirkan, tapi Allah mewahyukan agar dia menggoncangkan pohon kurma itu; meski kita tahu akar pohon kurma sangat kuat. Jadi apa sangatlah kudrat seorang wanita yang sedang sarat untuk menggocangkan pohon itu untuk mendapatkan beberapa biji kurma tinggi di atas. Tapi itulah hakikatnya, usaha itu yang Allah akan nilai, usaha itu yang akan dikira. Jadi berusahalah dalam apa jua yang kita lakukan. Hatta seberapa susah sekali pun.

Ukhwah itu untuk kita rasai. Bukan sekadar baca dalam buku menjadi ilmu semata-mata. Carilah peluang untuk merasai manisnya ukhwah itu. Jangan biarkan ianya cair dan rasailah manisnya bersama-sama.
Tiba-tiba teringat sebuah hadith yang amat sangat best mengenai ukhwah, 'Hadith super saiya'

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62) ( Hadith Riwayat Ahmed)

.::Cintailah Allah, nescaya kamu akan dicintai manusia::.

Yang Halal bertukar Haram

Lately ni, selalu terfikir akan hal ini..
bagaimana jika sayang kita kepada seseorang atau sesuatu membuatkan priority kita berubah?
contohnya: kita teramat sayang kepada sahabat kita, tapi perasaan sayang itu membuatkan cinta kita kepadaNYA berbolak balik. hmm macam mana nak diterangkan dalam perkataan? not to say berbolakbalik, tapi seolah2 macam kalau kita couple tuh kita main kayu tia. Macam tu kot.
sayang kita pada dia, menyebabkan solat kita sedikit terjejas. Pernah saya dengar dari seorang sahabat, kadang2 bila handphone kita vibrate pun kita dah terfikir si dia message. Hmm bukan kah itu 'kacau'? instead of focussing on Allah sahaja, fikiran kita dah bercampur kejap. Solat yang sepatutnya hanya diperuntukkan untuk mengingati DIA, Allah yang Maha Esa sahaja, tapi ingatan kita dah tercampur dengan yang lain; makhluk.

Sedikit sebanyak, saya rasa hal ini mengganggu. Dalam mengejar cinta Allah, cinta manusia boleh dijadikan sebagai alat sahaja; bukan matlamat kita. Sayang kita kepada dia sepatutnya didasarkan kepada Allah, bukanlah nafsu kita untuk menyayangi semata. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Apabila hal ini berlaku, saya rasa ada kepentingan untuk kita bermuhasabah. Ada perlunya kita menilai kembali hati kita. Sihatkah tak hati kita ini? Benarkah kita kata sayang itu kerana Allah?

Teringat sepotong ayat Quran yang menyebutkan
"(Beribadahlah) dengan ikhlas kpd Allah, tanpa mempersekutukanNYA. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh"[22:31]
Istighfar ku sambung lagi. Sedangkan jatuh tangga pun dah mengadu kesakitan, ini apa pula jatuh dan disambur burung. Macam jatuh KLCC dan mungkin 'Innalillah...' Nauzubillah, saya xnak macam tu!!
Dan pada masa yang sama, dalam hadith 42 (Imam Nawawi),

Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”.
(HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih)

Hebatnya pengampunan Allah. Sampai ketahap dosa sebanyak isi bumi pun DIA akan ampunkan, tapi hanya dengan syarat, kita tidak menyukutukan DIA dengan apa pun. Menyukutukan selalu kita andaikan menyembah berhala, atau menyembah patung atau agama lain mungkin. Tapi jika dilihat, menyukutukan itu maksudnya menduakan. Jadi jika dilihat dari konteks yang lebih dekat, perasaan kita, priority kita sepatutnya hanya kepada Allah semata-mata. Tidak boleh yang lain. Dalam surah An-Nahl, Allah menerangkan erti ikhlas umpama susu yang tidak bercampur
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih(khalasa) antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [16:66]

Susu yang murni itu tempatnya di dalam perut yang bersebelahan dengan tempat yang kotor. Tapi sedikit pun susu itu tidak bercampur rasa, malah bau dengan tahi dan darah itu. Dan secara specific Allah menggunakan perkataan khalas (ikhlas) untuk menjelaskan erti ikhlas itu. Ikhlas itu umpama susu yang niatnya tidak bercampur dengan hal lain sedikit pun, biarpun keadaan sekeliling kita tercemar tapi niat kita haruslah semata-mata kerana Allah dan tidak boleh disandarkan kerana makhluk yang lain. (Wallahua'lam)

Jika ada yang lain pun, itu hanyalah alat untuk menuju kepada DIA. Itu sahaja. Tidak boleh menduakan. Kerana itulah segala sandaran kita, niat kita, sandarkan kepada DIA. Kerana kita milik DIA. Sayang kita kepada yang lain pun, sandarkan kerana DIA menyuruh kita saling menyayangi. Rindu kita kepada family pun sandarkan kerana mereka adalah insan2 yang Allah pinjamkan kepada kita. Concern kita kepada belajar pun tidak boleh sampai melanggar masa untuk kita ingat pada DIA.
Belajar kita boleh dijadikan alat untuk menaikkan nama islam contohnya. Segalanya bergantung kepada niat kita. Dengan niat yang tulus insya Allah, amalan kita diterima, tidak sia-sia.
~Wallahua'lam~

Sucikan hati, hiasi peribadi, kerana perjalanan kita masih jauh

Celaru ku Keliru

Duhai diri, dan segalanya berbalik kepada diri sendiri kembali..perasan tak ada masanya kita memang rasa sangat yakin dengan sesuatu, tapi in the end Allah akan uji kita dengan outcome yang tidak kita inginkan. Kadang kala, kita terlalu mengharapkan sesuatu, tapi akhirnya mata gelap tak nampak.

Tapi ada juga sebaliknya. Ada kadangkala kita rasa xyakin dengan sesuatu, tapi Allah izinkan dapat result yang baik, dan ada kalanya kita sangat takut, tapi bila tiba detiknya ketenangan itu milik kita.

Benarlah kita hanya mampu merancang, tapi ketetapannya telah ada. "Dakwat telah kering dan pena pun telah diangkat". Natijahnya, kita tetap harus berusaha kerana siapa tahu apa kesudahan yang telah tertulis itu. Sering mendengar insan berkata, 'nak buat macam mana, ni dah takdir aku'..Emm betul ke? Emm 'a big question mark there.

Mendengarkan nada sedemikian, seolah-olah kita telah berputus asa dengan rahmat Allah, dan tidak meyakini bahawa apa yang tertulis itu adalah yang terbaik. Quran menyebutkan

"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).
Sudah fitrah manusia inginkan kesempurnaan, tapi hakikatnya kesempurnaan itu hanyalah milik Al-Khaliq. And He is the Best Planner, with no doubt!.

Tapi hati ini ada bolak baliknya. Meski sudah mengetahui hakikat itu, kadang kala kita masih sukar melapngkan dada seluas-luasnya dengan takdir itu. Apa masalah aku sebenarnya? Dah tahu, tapi kenapa susah sangat nak percaya?

Di sinilah terletaknya neraca iman kita. Memang teori itu gampang, tapi practicalnya, 'Masya Allah' sukar. Benar, dan memang x dinafikan! hakikat iman yang sebenar adalah ia pasti membuahkan amal. Seperti mana bunga yang berbau. Bau itu xdapat disembunyikan lagi, dan sedemikianlah fitrah amal sebenarnya. Hakikat iman yang sebenar akan menukar diri kita bukan 360 darjah, tapi 180 darjah; menukar cara kita berfikir, cara kita menilai sesuatu perkara itu. Terbit dari iman yang mengakar dalam hati, adalah buah amal yang terzahir dari setiap individu muslim.

"Siapakah yang lebih baik sibgahnya (celupan) dari Allah ? Kepada-Nyalah kami menyembah."

(Q.S Al Baqarah: 138)

Mungkin bila sukar berlapang dada, maka mungkin yang bermasalahnya adalah hati kita, yang tdak sempurnanya adalah keyakinan kita pada Ar-Razaq, pada Al-Khaliq. Tepuk dada tanya iman, adakah apa yang kita tahu itu sebenarnya kita fahami dengan mata hati?

"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]"
Terjelepuk dengar ayat itu. Astaghfirullah. Then Adakah ilmu itu sudah berubah menjadi fikrah yang mengakar dalam hati kita?

Astaghfirullah, Astaghfirullah. Orang yang menulis ini pun masih banyak kekurangannya, masih banyak lompong yang perlu di isi, masih banyak jahiliyah yang perlu disingkirkan. Kerana tidak mungkin al-haq itu bercampur dengan Al-Hawa.

"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu [ 2:208]"


Akhir kata, tepuk dada tanya iman? Apa khabar iman aku hari ini? Ianya juga berhak mendapat makanannya, seperti mana badan mendapat nutrisinya.

"Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran. Dan janganlah mereka seperti orang yang diberi kitab sebelumnya, setelah berlalu masa yang panjang atas mereka hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik" [Al-Hadid 57:16]

Saya ada DIA

If you do not aid the Prophet - Allah has already aided him when those who disbelieved had driven him out [of Makkah] as one of two, when they were in the cave and he said to his companion, "Do not grieve; indeed Allah is with us." And Allah sent down his tranquillity upon him and supported him with angels you did not see and made the word of those who disbelieved the lowest, while the word of Allah - that is the highest. And Allah is Exalted in Might and Wise.
[At-Taubah 9:40]