Manisnya ukhwah itu adalah apabila tidak bertemu terasa rindu yang amat..hingga kita panjatkan nama ukhti itu dalam bait-bait doa kita. Ya Benar! Dulu aku kurang mengerti, macam mana menyebut nama seorang sahabat dalam sepotong doa kita. Mendoakan kesejahteraan dia, dan dipermudahkan segala urusan kebaikan dia. Lama juga aku berfikir, menyelami erti kata Imam Ghazali
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan di bibir. Ukhuwah itu terletak pd ingatan seseorang terhadap saudaranya, di dalam doanya.
Alhamdulillah, Tsumma alhamdulillah. Tahun ini Allah beri keizinian, merasai manisnya sebuah ukhwah itu. Alhamdulillah tahun ini aku rasakan kehangatan ukhwah itu. Meski jauh dalam diri, aku masih tertanya-tanya, benarkah ini yang dimaksudkan dengan ukhwah. Bila rasa sayang membuak dalam diri, panjatkan doa pada Ilahi agar Allah menjaganya, kerana Dialah sebaik-baik penjaga. Mungkin ada benarnya kata Imam Ghazali itu, ukhwah itu terletak pada ingatan dalam doa, kerana kita sandarkan rasa sayang itu kembali kepada sang Pencipta. Yakin bahawa Dialah yang menjaga tali persahabatan kita, bukanlah pada mahalnya hadiah yang kita berikan mahupun indahnya saat yang kita pernah lalui bersama. Wallahua'lamJadi sejauh mana usrah yang kita bawa atau usrah yang kita berada di dalamnya mampu menyemaikan perasaan itu? Adakah usrah kita hanyalah sebahagian dari urusan mingguan kita, bertemu dan mulakan dengan bacaan fatihah, then teruskan dengan pengisian..Jika begitu sahaja usrahnya, bagaimana mungkin manisnya ukhwah itu dapat dirasai? Kerana usrah itu kan maksudnya keluarga, dan keluarga bukanlah sekadar bertemu sekali seminggu dan berbincang tentang hal-hal yang formal semata. Tapi ianya lebih lagi dari tiu. Kerna element usrah itu memerluakan element ziarah, agar hubungan yang terbina lebih utuh lagi. Kerna itulah adanya MABIT, agar kita tinggal dan bermalam bersama, kerana hanya bila kita tinggal bersama barulah kita mengetahui selok belok atau ciri seorang mad'u itu dengan lebih mendalam lagi..Then barulah wajar kita katakan usrah itu dapat memberikan rasa rindu itu..
Tapi iyeke macam tu??Hmm mari fikir sikit lagik..jika kita ertikan sedemikian, maksudnya kita katakan erti pertemuan itu terletak pada "kuantiti" berapa lama masa yang kita spend bersama..Hmm, tapi rata riti org mengatakan, sebuah pertemuan itu bukanlah terletak pada berapa lama kita bertemu, tapi lebih kepada memberi erti kepada sebuah pertemuan. Ya! Erti, itulah perkataan yang lebih tepat. How it means to You. The Quality time is more important or maybe crucial in this sense. *telan air liur sendiri, sebab t ak tahu brapa banyak yang telah saya perbuat untuk tempoh yang Allah telah pinjamkan ini*