Masamlah!!


Pernah x makan gula2 ni?berkerut2 kot makan.untuk beberapa saatlah. Sampai boleh tumpang gelakkan orang bila saat gula2 tu masuk mukut. Terkulat2 try habiskn coklat sbijik hihi *ok xbaik gelakkn =p * tapi lepas beberapa saat yg getir tu, barulah dahi tu kembali ke tahap normal, garis2 kedut mula hilang. And tup tup, die mintak sebijik lagi, xserik dengan masam kali pertama kan kan.

Hakikatnya, itulah manusia. Kalau org kata naik roller coaster tu pening, tapi dinaiknya jugak. Dah kata masam, tapi nk makan jugak. Sebab suka adventurelh kn, n sebab sukakn pngalaman tersebut. Ada manis diakhirnya, ada pengalaman indah yang terakam.

Hmmm tapi kenapa sukar mengambil tindakan yg sama dengan DnT ni. Kenapa bila ada cabaran sikit kita mudah melatah, mudah mengalah, mudah mencari alasan dan menghilangkan diri? Sedangkan masamnya gula2 tadik kita mampu tahan, sebab yakin dengan manisnya gula ada dhadapan. Malah tempoh manis itu lebih lama dr tempoh masamnya.

Bukankah ujian pun sama sifatnya, datang dr Allah untuk menguji keimanan kita 29:2. Bukan Allah tidak tahu kelemahan kita, dan bukan Allah tak tahu yang kita akan rasa berat. Tapi Dia ingin kita tahu adakah kita sanggup menempuh ujian ini. Are we willing to sacrifice a bit to have His endless blessing? atau hanya mengaku sebagai org beriman, sedangkan ujian sedikit pun kita dah melatah.

Syurga itu pasti dihadapan. Malah keampunan akan dosa2 yg lampau pun telah Dia janjikan. Malah pertolongan pun akan diberikan. Cuma persoalannya, adakah kita sudi berurus niaga dengan Allah ini? *dush dush*

posted from Bloggeroid

Dual Personality

Seharusnya seorang daie itu 24/7. Itulah yang kita pelajari dalam halaqah2 kita. Bilamana seorang daie itu, di mana-mana sahaja kita adalah daie. Bukan sekadar di halaqah, malah apabila kita berada di rumah, dihadapan ibu bapa dan adik2 kita, darah daging kita. Kenapa boleh terjadi rungutan, "akak dgn orang lain bukan main lembut and sweetnya, dgn adik sendiri ........". Tugas Daie itu bukan seperti pakai baju, hanya sekejap dan dtempat tertentu. Bukankan islam itu satu cara hidup, maka apabila ia telah sebati dlm diri, maka dimana-mana sahaja kita akan memakai baju islam itu. Jika di luar kita memberi peringatan, maka di rumah pun berilah peringatan. Jika di luar kita menyantuni, maka di rumah pun santunilah, jika di luar kita ber'caring n loving' maka di rumah pun berilah kasih sayang yang sama. Kerana setiap insan itu dahagakan sentuhan seorang murabbi, seorang daie, yang menuntun mereka lebih dekat kpd Pencipta, tumpuan kecintaan kita. Madu'u itu tidaklah terhad kpd ruang lingkup usrati kita dan mutarabbi kita, malah kita sering terlupa bahawa ibu bapa kita adala madu'u kita, adik2 kita adalah mad'u kita malah masyarakat sekeliling dan sahabat2 kita adalah madu'u kita. Reflect and refresh if you are a full a full time daie'

Melihat wajahNYA

Jika saya tanyakan kepada anda, apa yang perkara yang boleh menyebabkan anda sakit jantung (err bukan erti kata sebenar taw, somehow buat jantung berdegup kencang) atau
mungkin kata-kata yang boleh menggenangkan air jernih di kelopak mata. Somehow kepada saya, tak banyak perkara yang boleh bagi effect macam tu (ok am I insensitive? ) But frankly speaking memang tak banyak. But jika hal ini berlaku, ia memang mampu buat saya tertitik air mata.

Ada seorang yang kita sayangi, yang memang terukir namanya di hati kita, tapi tiba-tiba, atau dengan beberapa sebab, dia mengatakan, "saya tak nak jumpa awak dah" or "kalau tengok muka awak pun saya meluat and rasa nak lari jauh-jauh"

OK seriusly itu memang mengzass kan. dan mampu buat air mata bergenang. orang yang kita care, yet tak nak tengok dah. Feeling rejected memang xyah cakap lah. Rasa macam anak terbuang boleh tak.

Merasakan permusuhan yang sementara pundah cukup memeritkan. Duduk tak betah. Fikiran pun asyik berputar ligat disekitar persoalan yang sama. Sentuh buku tak kena, jumpa orang pun terasa yang bibir sedang mengukir senyuman palsu. Dalam erti kata lain, hati kita tak tenang. Otak berfikir-fikir, "Apa yang aku dah buat sampai muka aku pun taknak tengok?" "kalaulah aku boleh putar kembali masa" , "kalaulah aku tahu begini rasanya, mesti aku tak buat" , "Apa nak buat" etc etc etc.

Ok hakikatnya itu semua hanyalah senario kecil dalam hidup kita yang singkat. Itu pun dah cukup buat kita tidur tak lena, makan tak kenyang. Lagi dasyat dari orang yang jatuh cinta. Seorang insan yang bergelar manusia, telah diciptakan dari setetes air mani yang hina, tapi dengan kemuliaanNYA, Dia telah mengangkat darjat kita menjadi khalifah untuk mentadbir alam ini, untuk meneruskan tugas rasul2 sebelum ini. Dengan KekuasaanNYA, Allah telah meminjamkan hayat kepada kita, menetapkan rezeki kepada kita, dan memberi kenikmatan hidup yang cukup indah ini, meminjamkan insan2 yang kita sayangi, ibu bapa kita, adik beradik kita, keluarga kita, guru-guru kita, dan segala kepunyaan kita yang lain. Indahnya hidup ini bukanlah percuma, namun datang bersama tanggungjawab.

Jika di dunia, kita berkejaran ingin bersalaman dengan artis pujaan kita, dengan ibu-bapa kita, Jadi tidakkah kita ingin berjumpa dengan Allah yang menciptakan orang2 yang penuh dengan kasih sayang itu. Jika di dunia, kita amat mengagumi murabbi-murabbi kita, yang mampu membasahkan hati kita dengan kalimah-kalimah yang ajaib, yang mampu mentaujihkan kita menjadi insan yang lebih baik lagi, Jadi tidakkah mahu kita bertemu dengan empunya kalam-kalam indah itu? Melihat sendiri keagunganNYA. Menyambut salam Allah berserta ahli syurga yang lain.

36-55: Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan.
36-56: Mereka dan isteri-isteri mereka dalam tempat yang teduh, bersandar di atas pelamin.
36-57: Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka minta.
36-58: "Salam!" (sebagai) ucapan daripada Rab (Tuhan) al-Rahim (Yang Maha Mengasihani).

Jika niat kita untuk bertemu makhluk tidak kesempatan, kita masih mampu menangis, tapi di akhirat nanti, jika sekiranya kita tidak terpilih antara gerombolan yang dapat melihat wajah Allah, nescaya menangis air mata darah sekalipun tidak mampu merubah apa-apa. tidak mampu membawa kita kembali kepada detik yang kita miliki kini. Pada saat ini :(

Jadi persediaannya harus dari sekarang. Untuk melihat wajah Allah, harus mendapat title ahli syurga dahulu. Harus bermula dengan hidup di dunia. Memenuhkan segenap rongga hati kita dengan rasa cinta kepada Allah, cinta Rasulallah. Kerana tidak sempurna cinta kepada Allah sekiranya tidak mencintai kekasihNYA. Kerana kita bukanlah masuk syurga kerana amal kita, tapi sebaliknya rahmat dan kasih sayangNYA.


Imam Ibnu Katsir berkata, ”(Kenikmatan) yang paling agung dan tinggi (yang melebihi semua) kenikmatan di surga adalah memandang wajah Allah yang maha mulia, karena inilah “tambahan” yang paling agung (melebihi) semua (kenikmatan) yang Allah berikan kepada para penghuni surga. Mereka berhak mendapatkan kenikmatan tersebut bukan (semata-mata) karena amal perbuatan mereka, tetapi karena karunia dan rahmat Allah”

ps: Kerana aku telah merasa sakitnya diendahkan pandangan manusia,
dan tidak aku ingin bayangkan bagaimana rasanya tidak melihat wajahmu.
Ya Allah, izinkanlah, izinkanlah, untuk melihat wajahmu, bertemu denganMU;
Izinkanlah ya Allah, izinkanlah:(

16 golongan yang tidak dapat memandang wajah Allah (waiyazubillah)
1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu)
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
3. Orang Tua yang Berzina
4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
5. Orang miskin yang takabbur
6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
8. Penderhaka Ibu Bapa
9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
10. Orang Lelaki yang Dayyuth
11.Pengamal Budaya Kaum Luth
12. Pengamal Seks Abnormal
13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

TC Jungle tracking:)

Jungle tracking?oooo itu serius memenatkn.tapi serius jugak seronok:)) seperti kebiasaan,hari sabtu adalh hari dapur bercuti.jd of cozlh berserta tuan rumahnya. Misi jalan2 cr mkn, n of coz, a kelantanese way *i loike* n together with our spesel.guest, we visited TC.super wonderful.the weather was nice, sun shining brightly.n angin, aghhh menyamankn.alhamdulillah:)

Yesterday adik2 ksayangan saya pergi sana lg, tp bukn nk mngadap pantai. Tapi berjunggle tracking. masuk hutan. Suka-suka:) panjat punya panjat xjumpa jalan turun, boley x. Bila matahari dah hampir tak kelihatan, hati wajarlah utk risau. Esp mngenangkn mak kt rumah yh semestinya xlarat nk toleh jam kt dinding.

Di sepanjang perjalanan mata tak puas melihat pokok2 yg mnjulang tinggi, yg jarang2 cahaya hangat dapat tembus. Hati terfiki2 jugak, apa yg aku dapt belajar dr alam hr ni. Qabil pun belajar dr alam aka burung gagak untuk mnanam jasad saudaranya Habil.

5-31: Maka Allah menghantar seekor burung gagak mengorek-ngorek bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana cara menguburkan mayat saudaranya itu, lalu dia (Qabil) berkata: “Aduhai, celakanya aku! Mengapa aku tidak berdaya melakukan seperti burung gagak itu buat menimbuskan mayat saudaraku?” Maka jadilah dia (termasuk) golongan orang yang menyesal.

Akan sentiasa ada pelajaran yg blh dipelajari, tinggal untuk melihat dgn mata hati.ok cuba2. Ada masa lagi, selagi xkeluar hutan kan. Then saya terlihat sesuatu yg mnarik.aha:)

Emmm pernah tak terfikir yg lita ni xbernilai.mcm xbole nak sumbangkan papepun. "aku xpandailh nk.mnyampaikn" , "nebeslah bila dh ramai org ni", "emm nk tlg drivekn org tp.xreti" etc etc..then mari kita tukar pandangan kita kepada sebatang pokok usang yg hampir reput usianya. Tersadai kt tepi jek, warna coklat2 dh.kalau mak saya mmg bakal.cantas dah,sbb mcm xdek harapan utk survive.mnyemak jek. Tapi di sini Allah mngajarkn sesuatu yg berbeza. Walau jasad kita melemah, walau diri rasa tidak berguna, sebenarnya masih ada sisa kudrat dlm diri untuk diberi kepada org lain. Utk dmanfaatkn kpd insan sekitar kita. Bagaikn pokok tua yg.mmberi tumpang kepada cendawan tumbuh. Masih memberi walau kelihatan tidak boleh. Buknkah nutrient yg lebih penting dr jasad yg mereput. Sebagaimana hati yg hidup itu lebih dan jauh lebih baik dr jasad tulang 4 kerat pinjaman Dia.

Malah cinta itu gerak dr hati, dan ikut itu buah dr perbuatan. Hidupkn hatimu dengan cinta pada Rabb yg Esa. Dan tidak sempurna cinta itu tanps cinta pada kekadihNya, Rasulallah saw. Kemudian barulah jasad ini akan bisa mmbasahkn hati lain, dan bmanfaat kpd Ad-Deen ini insyA Allah

.::Barakah::.

"Aku telah hidup di bawah naungan al-quran dan di sana aku melihat jahhiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah berbangga-bangga dengan imlu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kafahaman dan pemikiran kanak2, minat dan cita-cita kanak2 sama seperti pandangan seorang tua kepada mainanan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini. Mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"

Berkat adalah perkara yang kita sebut, macam ~
"semoga Allah berkati masa"
"ambik air ustaz, biar berkat"
" salam tangan tok guru, ambil berkat orang alim"
etc etc etc

Tu semua in konteks orang Melayu, aka kita lah sebenarnya. Ana bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan tentang hal ini, tapi sekadar berkongsi maklumat yang ana dapat, bilamana kami berdiskusi Muqaddimah Fil Zilal.

Dalam kata ringkas, berkat adalah, "buat sedikit tapi dapat banyak". Dalam konteks pelajar, kita sering mengatakan, "semoga diberkati masa".

Mari kita ambil contoh, pernah tak kita dok mengadap buku from 8am to 12am, but somehow tak tahu berapa banyak yang melekat. SOmetimes kena baca berulang kali, barulah dapat or faham. Berbeza dengan sahabat kita yang seorang lagi, macam xput effort banyak macam kita, tapi dengan spent masa sikit, die faham apa yang die baca and melekat.

Mungkin juga apa yang kita alami itu sebahagian dari ujian Allah kepada kita. Ingin menguji tahap kesabaran dan kesungguhan dalam urusan tersebut dan mengganjarkan pahala dari usaha yang kita letakkan. Dan seterusnya, dan yang paling utama, meletakkan tawakal dalam urusan tersebut kepada Allah. Dengan itu barulah hati akan lapang menerima segala keputusan dari apa yang kita usahakan. Bukankah tawakal itu urusan hati, dan bukan pada usaha kita semata.

Tapi mari kita lihat dalam skop yang berbeza. Ada barakah dalam usaha kita apabila dalam nilaian manusia, usaha kita tu apalah sangat (sedikit masa yang di spent, sedikit yang di telaah, etc). Tapi alhamdulillah, ada barakah disitu. Bila mana masa kita, banyak kita infaqan kepada dakwah dan tarbiyah, menziarah adik-adik, planat sana sini, qadhaya etc etc. Secara original mestilah kita risau kan, ishk assignment xbuat lagi, ada test xstudy lagi dan segala kerisauan normal seorang pelajar. Tapi saya ingatkan, jangan berasa selesa walaupun kita bz dalam DnT kita kurang belajar and kita will surely score. Sebab islam ini bukan agama yang magic. Allah akan melihat sejauh mana usaha kita. Jika kita all out DnT, maka untuk study pun kita all out jugak. Meletakkan priority dalam DnT dan pada masa yang sama tidak melupakan study. (OK kalau nak cakap topic ni, kita kena kupas IPK, insya Allah dalam topik ni kita akan kupas dengan lebih mendalam)

Saya suka kongsikan ayat cinta Allah dalam Surah Muhammad.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7).
Jika kita menolong agama Allah maka Allah akan membantu mu. Berpeganglah dengan janji Allah yang pasti. Jika kita bz dengan DnT, jangan risau jangan runsing, insya Allah yakinlah pertolongan Allah pasti ada, dan dengan cara yang tersendiri. Habis usrah, daurah dan program kita, mohon Allah berkati majlis ilmu tersebut dan seterusnya, dengan baki masa dan tenaga kita, kita all out untuk study pulak. Moga Allah mudahkan urusan study kita pula. Dengan masa yang sedikit itu, Allah berkati dan berikan hasil yang terbaik.

Jika kita lihat umur Rasulallah saw sendiri, baginda hanya hidup selama 63 tahun. Malah mengenali islam, atau mendapat wahyu diusia 40 tahun. Tetapi kesan perjuangan baginda selama 23 tahun tersebut, masih kita rasakan hingga hari ini. Malah Hassan Al-Banna yang hanya dipinjamkan Allah kepada kita selama 43 tahun, tapi perjuangan beliau juga masih dapat kita lihat hingga hari ini. Insya Allah, ada barakahnya di situ, hingga Allah memanjangkan usaha mereka yang sebentar hingga kita ke hari ini dapat kita rasai, walau berpuluh puluh tahun telah berlalu, merentasi beribu batu jauhnya.

Malah bila kita hidup dibawah bayangan al-quran, dengan harta yang sedikit pun kita akan merasa cukup. Dengan masa rehat yang sedikit pun kita masih dapat merasakan ketenangan. Masya Allah indahnya hidup di bawah bayangan al-quran:)

Bila mana kita mengenali al-quran, mencintai Allah kembali, ia seolah membersihkan usia-usia kita yang seterusnya. Seolah-olah hidup kita yang sebelum ini tiada ertinya, kerana tidak membawa kita kepada Allah. Tapi bila mana kita mula bercinta kembali dengan al-quran, seolah-olah kita diberi nafas baru. melihat dunia dalam dimensi yang berbeza. Menjernihkan segala amal kita kembali, insya Allah. Bukankah hidup ini hanya bererti dengan neraca akhirat? Tanpanya, hidup berpaksikan kesukaan kita sahaja, tanpa garis panduan yang digariskan, mungkin segalanya akan sia-sia. Astaghfirullah. Moga Allah membersihkan segala amalan kita dan meluruskan niat kita kembali insya Allah.

Bukankah Allah menurut persangkaan hambaNYA. Maka sepatutnya kita bersangka baik kepadaNYA, berdoa dan berharap agar DIA memberkati segala urusan kita dalam apa jua sekalipun. Menerima amalan kita yang serba compang camping ini. Kerana Rahmat dan Kasih SayangNYA melebihi kemurkaanNYA. Insya Allah.

Dalam hadist Qudsi yang diriwayatkan oleh Syaikhani dan Turmidzi dari Abu Huraira r.a Allah mengatakan :
"Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

Happy Valentine 2012


Perkataan couple kini tidak asing lagi dikalangan anak muda masa kini. Terlalu normal hingga mereka yang dont have any dipandang sinis. Budaya ini telah meresap masuk perlahan-lahan melalui pelbagai cara.

Baik dari media visual, audio mahupun pembacaan. Rata-riti menunjukkan gambar dan tips-tips bagaimana mencari pasangan yang terbaik, bagaimana menegtahui pasangan anda, indahnya perasaan dilamun cinta dan sebagainya. Dan memandangkan yang dipamerkan indah, jadi kenapa kita tak cuba? so they thought. Tapi benarkah ini semua? Adakah betul senario yang kita lihat ini? Baik dari segi agama mahupun sosial masyarakat itu sendiri.
Pasangan yang dianjurkan dari segi agama adalah perkahwinan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Manakala pertunangan menurut syarak pula adalah tempoh mengenali pasangan itu sendiri. Jadi secara jelas dari segi agama hal ini adalah salah. Di mana perlunya kita meletakkan komitmen dalam hal-hal yang tidak diperlukan?
Hal ini terlaalu common dalam masyarakat masa kini. Hingga mereka yang tidak mempunyai pasangan dianggap pelik. 'Kenapa ko tak cari lagi?', 'High demand sangat lah ko ni'. Saya akui, perasaan dimanjai dan diberi perhatian amat indah. Amat seronok apabila kita mengetahui apabila ada orang yang mengambil berat akan keadaan semasa kita. sakit kita, makan minum kita. Namun anda tidak rasakah bahawa ini adalah tipu daya syaitan belaka sebagaimana yan telah dia janjikan sejak zaman nabi adam lagi.
"Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, "Tidak ada yg dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh ak adalah penolongmu..."[Al-Anfal, 8:48]
Jadi mingkin 'couple' juga merupakan salah satu dari agendanya. membuatkan kita terhanyut dari mengingati yang Esa menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Nauzubillah ya Allah.
Jika perhatian yang dicari, kenapa ia bukan dari ibu bapa kita sendiri, jika kasih sayang yang dimahukan, kena ia bukan dari adik beradik sendiri, jika mahu menunjukkan prihatin, kenapa tidak kepada sahabat handai, kenapa tidak disalurkan kepada yang memerlukan. Masih ramai yang memerlukan kasih sayang kita, masih ramai yang butuh perhatian dan belaian kita. Kenapa tidak disalurkan kepada yang hak semata. Bahkan dalam memberi sedekah juga kita dianjurkan untuk mendahulukan keluarga kita sendir, jadi apatah lagi kasih yang luhur itu.
Semoga ia hanya menjadi kisah lampau. Dan yakinlah akan janji Allah, dan Allah janji Allah itu adalah BENAR
"Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)"[An0Nur,24:26]
Jadi jika usaha yang kita mahukan adalah tidak lain dan tidak bukan dengan menjadi perempuan yan baik. Bukannya menambahkan kenalan dalam mencari calon yang terbaik. Insya Allah ada yang tersedia buatmu Adam dan Hawa. "someone somewhere is made for you"[Dil to Pagal Hai"
Dan Allah akan permudahkan jalan jodohmu jika dia yang terbaik buatmu. Keep your stand firm, usah hanyut dalam pandangan masyarakat jika mereka mengatakan kamu pelik, kerana pandangan ALlah adalah yang UTAMA.
"Dan diantara tanda kebesaranNya ialah menciptakan pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sunggu pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda bagi kaum yang berfikir"[Ar-Rum,30:21]

Insya Allah ada Allah sediakan yang terbaik buat kita dihadapan sana. Dirisau jangan wahai sahabat. Wallahua'lam.
[repost entry blog 2009]

Kehidupan Kanak-kanak

Childhood is surely something right. Everything seems so perfect. We play, we run, we fall, we fall in love easily and we hate something easily too. Our toy is almost everything. We play with it all day long, and all the focus is belong to our new 'loved'. We smile and when we look at it, and we cry when someone try took it away, and we cry even worst when it broke.

Baru-baru ni, ana balik kampung. Keluarga umi buat makan2 dan tahlil. So semua ahli keluarga berhimpun, termasuklah anak2 sedara dan anak2 sepupu yang masih kecil. Ok I have to admit ramai sangatlah yang tak diingat namanya. Sampai kena buat revision ngan nana:) nasib baik dia ada. So as normal, kanak2 memanglah akan ada mainan kan, and ana mmg nakal sikit, suka curi mainan from mereka2 yang kecil ni hihi. Sometimes bila nangis baru puas sikit n bagi balik. Boleh x. And di saat tangis kecil tu memecah hening petang (mungkin xsesuai word hening tu tapi abaikan ek) ana punteringatlah tulisan sayed qutub di bawah.

"Aku telah hidup di bawah naungan al-quran dan di sana aku melihat jahhiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah berbangga-bangga dengan imlu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kafahaman dan pemikiran kanak2, minat dan cita-cita kanak2 sama seperti pandangan seorang tua kepada mainanan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini. Mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"

Dunia ini hanyalah ibarat mainan kanak2 bagi orang dewasa. Bila kita dah dewasa ni, bila lihat pemandangan mainan direbut dan menangis ni, kita akan fikir, "Apa sangatlah yang bestnya mainan tu", "Best sangat ke sikat-sikat rambut barbie tu, pastu cakap sorang" tu baru yang perempuan. Yang laki pulak bila dah main game, and menang, bersorak macam apa jekan. Hmm padahal tu bukannye realiti pun. Fantasi semata. Sama jugak macam kita berbangga dengan ilmu sedikit yang kita ada, dengan rupa paras pinjaman kita, dengan bilangan mad'u2 kita. Astaghfirullah. Mohon Allah jauhkan hati ini dari sifat riya' dan ghurur.

So macam mana melihat alam ini sebagaimana pandangan tersebut?

Apabila melihat dunia dari dimensi akhirat, kita akan merasakan dunia ini amat kecil nilaiannya. Apa sangatlah mainan kanak2 ni which sama juga dengan "apa sangatlah nilai dunia ni jika dibandingkan dengan nilai akhirat yang infiniti?"

Tapi kita sering kali dibutakan dengan nikmat dunia yang sementara ni. Bila mana ada jerawat baru timbul pun kita dah rasa macam nak kiamat, Macam xnak keluar dari rumah selama2nya kan. And bila xdapat seperti apa yang kita impikan, kita akan rasa kecewa yang amat. Sedangkan kita lupa bahawa setiap ujian itu adalah untuk membersihkan diri kita dan mengangkat darjat kita ke martabat yang lebih tinggi lagi.

Kita lupa, kita alpa bahawa dunia ini sementara cuma sampai kita boleh terpalit dengan lumpur dunia yang menjerat ini. Sometimes bila dah terlekat ni susah nak keluar, tapi bukan mustahil insya Allah.Ianya masih mampu dibersihkan dan ingatlah segala yang berlaku adalah tarbiyah Allah buat kita, persedian buat kita menempuh hari esok.

Hakikat islam ini akan membersihkan dan memberkati usia kita. Tapi kenapa memberkati? to be reveal next~

Being Understanding just like Abu Bakar

Dalam sebuah persahabatan sebuah persefahaman lah yang paling utama. Kadang-kadang aku berfikir juga, sejauh mana persahabatan itu patut hadir? **hmm garu-garu kepala**

Masih sekitar tulisan Salim A.Fillah dalam JCPP, dan alhamdulillah aku menemui suatu pencerahan. Contoh dari seorang sahabat yang amat aku kagumi:) Jika ditanya, diantara 4 sahabat khulafa' Ar-Rasyidin, siapa yang paling aku mahu temui? dan tanpa ragu, akan ku katakan Saidina Abu Bakar r.a.

Begini ceritanta. [Kisah 1]

Pada suatu hari, saat Rasulallah saw menerima wahyu yang menggembirakan hati segenap mukmin pada ketika itu
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau lihat manusia asuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mmohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Ia adalah Maha penerima Taubat”.
[An-Nash:1-3]
ya siapa tidak gembira menerima berita kemenangan bukan. Semua aku bayangkan bersorak gembira. Bayangkan selepas bertahun-tahun mereka ditindas, pemboikotan selama 3 tahun yang menguji keimanan mereka, peristiwa hijrah yang hampir meragut nyawa Rasulallah saw seluruh siri peperangan untuk menyebarkan Islam, akhirnya Allah menjanjikan kemenangan kepada kaum muslimi. Hoorayy!! Alhamdulillah, segala puji-pujian bagiNYA yang Maha Kuasa.

Tapi dicelah kegembiraan itu ada seorang sahabat yang menangis kesedihan. Merasai mesej disebalik wahyu itu. Merasakan itu adalah tanda-tanda akan perginya kekasih Allah, sahabat beliau sendiri. Tiba-tiba Abu Bakar menjerit lantang, "Ya Rasulallah, kutebus engkau dengan ibu-bapaku. Demi Allah kutebus engkau dengan ibu bapaku" dan beliau teru-terusan menagis teresak-esak. Sahabat-sahabat yang lain risau melihatkan keadaan Abu Bakar yang sentiasa berwajah tenang. Kenapa beliau menangis sedemikian rupa sedangkan yang Rasulallah sampaikan adalah berita kemenangan?

Rasulllah kekasih Allah menjawab, "seorang hamba diminta untuk memilih antara perhiasan dunia menurut kehendaknya, atau apa yang ada disisiNYA. dan dia memilih apa yang ada disisi Allah" :') Tangisan Abu Bakar semakin hebat.

Kita biarkan kisah itu disitu dan mari kita singkap kisah seterusnya

[kisah 2]

Anas b. Malik meriwayatkan, "tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah drpd hari ketika Rasulallah saw datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram dari saat beliau wafat"

Aku juga tak dapat nak bayangkan bagaimana keruhnya hari itu. Hari di mana kekasih Allah kembali ke pangkuan kekasihNYA semula. Air mata pasti membasahi pipi wajah-wajah yang menicntai baginda. Malah ada diantara mereka yang berteriak-teriak dan membuatkan suasana bertambah kalut. "Sesungguhnya beberapa orang Munafiq beranggapan bahawa Rasulallah saw telah wafat.. Sesungguhnya baginda tidak wafat!. Beliau tidak mati, beliau hanya pergi menghadap Rabb-Nya sebagaimana Musa as yang pergi dari kaumnya selama 40 hari, lalu kembali lagi kepada mereka setelah dikira mati. Demi Allah, Rasulallah saw pasti akan kembali. Maka tangan dan kaki siapapun yang mengatakan beliau telah meninggal dunia harus dipotong!"

Mata beliau berkaca merah. Pedang ditangan beliau dihayun. Pasti beliau sedih, dan emosi beliau merajai diri pada detik dan ketika itu. Dek kerana cinta yang teramat, beliau hampir hilang pertimbangan. Beliaulah Saidina Umar al-Khattab.

Tetapi di saat itu, hadirlah Abu Bakar menenangkan keadaan. "Duduklah duhai Umar" Dengan tenang beliau mengatur bicara, "Umar. "Barangsiapa menyembah Muhammad, maka sungguh Muhammad telah wafat. Tapi barangsiapa menyembah Allah,sesungguhnya Allah hidup kekal!" dan dengan tenang Abu Bakar membacakan bait-bait suci Al-Quran, 3:144

*****
Masya Allah. Di saat insan-insan lain merasakan bahawa baginda sedang menyampaikan mesej kemenangan, beliau berjaya menyingkap maksud disebaliknya. Dapat menyelami mesej disebalik "Its Ok", "Im Fine" (still struggling on that)

Understanding is really a big thing. Dengan taaruf sahaja belum mencukupi, ianya harus melangkaui tafahum itu sendiri. Dan Abu Bakar telah menunjukkan contoh yang terbaik.
Dan bagaimana di saat semua orang bersedih dengan pemergian baginda, S. Abu Bakar dapat menjadi orang yang paling tenang. Menyingkapi hikmah disebalik musibah. Masya Allah.

Untuk sampai ketahap itu, pasti ia memerlukan usaha yang panjang dan berterusan. Muayashah (hidup bersama) sekerap mungkin, setiap masa. Tapi membawa kita kepada Allah, mentarbiyah diri agar menjadi insan yang lebih baik lagi. Dan ukhwah itu harus didasarkan atas nikmat keimanan itu sendiri. dan sebagaimana besar pun kasih kita pada sahabat, pastinya tidak boleh melangkaui sayang kita kepada Allah swt, sebagaimana kata baginda,
“Andaikan aku boleh mengambil kekasih selain Rabbku, niscaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai Khaliilku. Tetapi ini adalah persaudaraan Islam dan kasih sayang. Semua pintu menuju ke masjid harus ditutup selain pintunya Abu Bakr”

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul tiba lagi. Hari kelahiran junjungan besar Rasulallah s.a.w:) selawat dan salam serta puji-pujian buat baginda Rasulallah saw yang telah bersusah payah dalam menyampaikan risalah islam, risalah ad-deen hingga kita di Malaysia pun merasai nikmat islam hari ini. Islam yang Allah janjikan akan menjadi 'Ramtan lil Alamin' telah kecapi hari ini. Suka saya menyebutkan hal ini, bayangkan ad-deen ini telah Allah turunkan di jazirah Arab yang beribu batu jauhnya dari kita di Malaysia, dan beribu tahun yang lepas. Meskipun jarak dan masa itu memisahkan kita, tapi berkat kerja keras baginda dan kasih sayang Allah azzawajalla, kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat ini, alhamdulillah tsumma alhamdulillah:)

Rasulallah saw telah menerima risalah ini diusia 40 tahun, 15 tahun selepas berumah tangga dengan Saiditina Khadijah. Allah telah menjaga baginda dengan sebaik-baik penjagaan dalam menerima risalah suci ini. Dada baginda telah dibelah dan dibasuh dengan air dari syurga, air zam-zam oleh Jibril as di zaman kanak-kanaknya. Baginda juga merupakan seorang yang berdikari. Bagaimana Allah mengajarkan bahawa sebaik-baik pergantungan itu adalah dari DIA, kasih sayang seorang ibu dan ayah ditarik sejak kecil lagi, berdikari dengan hasil titik peluh sendiri melalui pengembalaan kambing. Pembawa risalah suci juga hendaklah seorang mahir dalam skill bersosialnya. Bagaimana ingin meluaskan dan menyebarkan ad-deen jika sekiranya kita tidak pandai bergaul. Maka Allah izinkan baginda untuk belajar skill berniaga melalui bapa saudaranya, Abu Talib. Di sana beliau berkomunikasi dengan orang ramai, dan berhasil membawa keuntungan kepada perniagaan bapa saudara kesayangannya dengan sifat amanah baginda. Masya Allah. Didikan sejak kecil ini menyediakan baginda untuk menyebarkan islam yang kita kecapi hari ini:')

Bukan senang menjadi seorang penyampai. Untuk menjadi 'presenter' dihadapan kelas pun sudah cukup melemahkan segenap urat saraf saya. Biarlah setiap slide telah ada, daurah tentang kewajipan berdakwah pun dah berapa kali saya dengar, and kecantikan islam pun dah terpampang depan mata. Tapi rasa berat itu masih disitu. Saya masih tarik tali dalam melaksanakan tanggungjawab ni. "Agh x apa, orang lain kan ada. Diorang lagi hebat!" itu desis yang sering bermain dalam kotak hati saya. Mengambil jalan selamat untuk tidak menyampaikan. Sentiasa merasakan diri tidak layak utnuk menjadi orang yang menyampaikan, apatah lagi berkongsi ilmu yang sedikit, rasa yang tak banyak. Dulu saya sering menyatakan, saya nak buat sesuatu tu sebab saya betul2 cintakan hal itu. Saya tak nak melakukan sesuatu yang saya buat-buat, yang saya paksakan. Jika saya ingin berdakwah, biarlah ia datang dari hati saya. Jika saya ingin men'DF' biarlah kerana saya benar-benar ingin mengenali adik itu. Bukan menjadi satu lakonan plastik. SAYA SILAP. DAN SUNGGUH SAYA AMAT SILAP! :(
Mana mungkin rasa itu datang percuma. Bukan magic! dan Islam bukanlah agama magic, biarpun Allah melakukannya, tapi Allah menuntut usaha kita untuk menyebarkan agama ini, kemanisan iman dan islam. Bukanlah Ad-Deen itu akan tertegak dengan usaha kita, tapi ianya untuk kebaikan kita juga, agar menjadi bukti kita benar-benar sayangkan agama ini, menjadi saksi ketika kita berhadapan denganNYA.

Cuba kita singkap kembali detik Rasulallah saw menerima kunjungan jibril ketika sedang beruzlah di Gua Hira. Bila seorang 'direct seller' datang rumah pun kita cepat2 nak tutup pintu, pura2 xada orang dalam rumah. Inikan pula datang Jibril 'xberjemput' di ruangan sempit Gua Hira' itu, dan tidak semena2 Jibril mengatakan "Bacalah!" dan jawab baginda, "aku tidak tahu membaca" dan pelukan erat Jibril berikan, lantas mengatakan sekali lagi "Bacalah". Dan sekali lagi baginda mengulang jawapannya, "Aku tidak tahu membaca". Dan pelukan makin dieratkan. Nafas semakin sukar untuk dihela. Degupan jantung pastinya sudah semakin kencang. Wajah mungkintelah pucat keputihan. Sekali lagi Jibril mengeratkan pelukannya dan mengatakan dan
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. " [96:1-5]

dan itulah wahyu pertama yang diturunkan. Allah mengenalkan diriNYA Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kita dari segumpal darah. Dalam keterpaksaan baginda mengikuti bacaan Jibril perlahan-lahan. Ketakutan baginda memaksa baginda pulang dengan mengatakan kepada Siti Khadijah, "zammiluni, zammiluni (selimutkan aku, selimutkan aku) ". Ketakutan, kesejukan. Selang berapa lama selepas detik itu, datanglah wahyu yang seterusnya, Ya ayyuhal Muddathir, Qum Fa Anzir ...." suatu arahan baginda terima. Wahai orang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan. Kalimah Kum menyatakan bahawa ianya merupakan suatu arahan. Dan dengan kalimah Fa, itu isyarat yang menyatakan bahawa baginda itidak boleh bertangguh. Sejurus selepas bangun dari berselimut, baginda harus terus memberi peringatan.

Allahu Akbar Allahu Akbar. adakah baginda menanti rasa cinta kepada kalimah itu barulah baginda ingin menyebutkan kalimah-kalimah itu? Adakah baginda menunggu hingga ditunjukkan bukti bahawa islam itu agama yang benar, barulah baginda bangun untuk menyampaikan mesej islam ini. Menyebarkan kepada seluruh kaum kerabat dan sahabat baginda bahawa Allah yang telah menciptakan kita, bahawa kita akan kembali kepadaNYA suatu hari nanti. Baginda tidak menunggu sebarang bukti2 tersebut dikemukakan, tapi Allah mengarahkan baginda untuk menyampaikan risalah ini. Masya Allah. Keimanan baginda kepada Allah, melebihi segalanya. Ini tentunya berkait rapat dengan soal keimanan, dan kemanisan iman kita.

Usah menunggu rasa cinta itu hadir. Kerana urusan MENCINTAI itu lebih pentig dari DIcintai. Kerana islam itu merupakan kata kerja yang menuntut pengorbanan, menuntut kita untuk mengerjakan bukan menanti magic rasa cinta itu dalam diri. CINTA dan CINTA, kita harus berusaha mencari cinta, mencari cinta untuk berdakwah, mencari cinta untuk beramal, mencari cinta untuk melakukan segala kebaikan. Insya Allah perlahan-lahan, dengan cinta rahmat dan kasih-sayangNYA, Allah akan mengurniakan rasa cinta itu kepada kita. Dan menguatkan lagi langkah kita dengan apa yang kita lakukan hari ini. Sebagaimana Rasulallah mula-mula menerima risalah dakwah ini juga bermula dengan paksaan. Bukan baginda pinta untuk menjadi Rasul, tapi Allah memilih sebaik-baik insan yang diberi nama MUHAMMAD SAW untuk menyampaikan amanah ini. Dan alhamdulillah, bertitik tolakkan paksaan ini, nikmat ini kita kecapi hari ini. Maka wajarkah kita untuk menanti masa untuk DICINTAI dahulu sedangkan baginda sebaik-baik insan juga bermula dengan MENCINTAI

Selawat dan salam buat baginda Rasulallah saw. :')
sungguh aku rindu. Doaku agar kita bisa bertemu dengan sebaik-baik pertemuan, dan engkau mengaku aku adalah sebahagian dari umatmu ya Rasullah:')

sejarah usrah

menghayati sejarah bermulanya usrah, barulah kita akan mengerti kenapa kita perlu berusrah dan kenapa wasilah ini yang kita pilih.
"lemahnya langkah, kerana salah langkah bermula"

Usrah vs Halaqah?

Usrah vs Halaqah? Keluarga vs Bulatan?

Hmm sekarang ni terlalu banyak jenama usrah yang diperkenalkan. di TV 9 ada usrah, di sekolah2 kita ada usrah, di mana2 pun ada usrah. tapi betul ke yang kita buat tu 'usrah' sebenarnya? Ke halaqah semata? *garu-garu kepala*

Halaqah merupakan satu perkumpulan manusia atau lebih specific perkumpulan hati-hati yang inginkan cinta Allah, ingin mengenali Allah dengan lebih baik lagi. Biasanya kita akan duduk dan share apa2 berkaitan dengan Allah. Ada jugak yang akan baca dan belajar tajwid. Kita akan tadabur al-quran kareem, mengetahui kisah2 nabi dan para solihin, baca hadith2:)

Bukan ke sama jek dengan usrah?

Usrah pada asalnya diwujudkan oleh Imam Al-Banna untuk membaiki masalah umat pada ketika itu, yang dilihat jauh daripada Allah azzawajalla. pada 1924, sistem khalifah telah dilupuskan di zaman Turki Uthmaniyah. Nilai-nilai islam telah dicampur adukkan oleh nilai2 barat, menjadi sekular. Lama kelamaan, nilai islam semakin jauh dan anak2 muda pada ketika itu semakin jauh dari nilai islam yang sebenar. Imam Al-Banna merasakan musibah yang menimpa itu dan mula berfikir apa yang patut dilakukan? Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Imam Al-Banna, termasuklah mengeluarkan risalah-risalah umum dan juga menghantar tentera ke Palestin untuk menghapuskan musuh2 islam ini. Tapi ini bukanlah suatu usaha yang muntij, kerana masalah ini tidak diatasi dari akar umbinya. Menyelesaikan masalah luaran, tidak akan mampu menyelesaikan masalah besar. Jadi Imam Al-Banna menubuhkan usrah untuk menghidupkan hati-hati agar kembali dekat kepada Allah. Agar nilai-nilai islam itu kembali tertegak.

Bukan semestinya hingga semua orang bukan islam masuk islam (tapi itu sebaiknya), sebaliknya hingga nilai-nilai islam itu diterima oleh segenap lapisan masyarkat. Hal ini boleh kita lihat di zaman Abassiyah, bila mana islam telah menjadi Ustaziyatul Alam. Bila mana seluruh isi dunia tunduk dengan kehebatan islam, dan menerima baik sistem islam, Ad-Deen itu tertegak di alam ini. Cuba kita lihat pada penggunaan jubah graduasi kita, kenapa ia diciptakan dengan ukuran besar? Seolah-olah gelebeh kan. Tapi sebenarnya, jubah itu mereka tiru gaya orang Arab sebab dizaman Abassiyah, Islam menjadi pusat peradaban, ilmuwan datang ke tanah arab untuk mempelajari ilmu-ilmu sains moden, ilmu falsafah. Baghdad menjadi tempat di mana ilmuwan berkumpul dan berkongsi idea, malah mereka mula meniru gaya kita, cara kita. Mereka mula merasakan memakai jubah itu merupakan satu simbol org yg educated, berbahasa arab itu sebagai org yg modern. Begitu juga kita hari ini memandang berbahasa inggeris dan bertuxedo sebagai sesuatu yang hebat. Kerana barat menjadi world order pada ketika ini.

Untuk kembali kepada detik itu, nilai-nilai islam perlu ditegakkan dalam diri setiap individu muslim terlebih dahulu. tidak guna mendirikan bangunan setinggi langit, sekiranya bangunan itu tidak membawa orang dengan Allah. Tidak guna pendidikan yang tinggi, sekiranya kita makin takabbur dengan nikmat kepandaian itu sendiri. Astaghfirullah. terkadang kita lupa bahawa setiap nikmat yang diberikan itu datang bersama tanggungjawab. Agar setiap nikmat itu membawa kita lebih dekat dengan Allah, agar setiap yang kita lalui membawa kita kepada cintaNYA maka kita perlukan tarbiyah. Di didik sedikit demi sedikit agar menjadi individu muslim yang hidup berorientasikan Allah. segala yang kita lakukan adalah demi Allah, Dzat yang menciptakan kita dari setitis air mani yang hina, malah mengangkat kita menjadi khalifah untuk menyampaikan risalah ini keseluruh alam.

Usrah adalah medium untuk menghidupkan hati kita. Merelakan diri untuk ditarbiyah. sedikit demi sedikit dan berterusan. Dalam elemen usrah juga ada unsur ukhwah. Yang menautkan hati antara murabbi dan mad'u, antara mad'u dan murabbi, dan antara mad'u dengan mad'u yang lain. Ia merupakan satu hubungan 3D dan bukan sehala, Selepas bertemu, kita akan rindu untuk bertemu lagi. Dan disitulah mahalnya harga sebuah usrah:) share link sahabat saya http://247-twentyfourseven.blogspot.com/2012/02/usrah.html

sebab usrah itu suatu keluarga, hati2 yang berkasih sayang, yang sama2 di bawah misi yang sama. untuk ditarbiyah dan mentarbiyah orang lain. Hanya dengan itu ad-deen ini akan tersebar ke seluruh alam. seolah-olah sekuntum bunga, jika ia berbau, ia bukanlah akan memendamkan bau wangi itu sendirian, bau itu secara fitrah akan tersebar ke seluruh alam. Memberi haruman kepada setiap orang yang lalu, yang berada disekitar kita.

Jadi,bulatan anda sekarang adakah usrah ataupn salah di jenamakan sebagai usrah?
*gulp*