In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
1. Seest thou one who denies the Judgment (to come)?
2. Then such is the (man) who repulses the orphan (with harshness),
3. And encourages not the feeding of the indigent.
4. So woe to the worshippers
5. Who are neglectful of their prayers,
6. Those who (want but) to be seen (of men),
7. But refuse (to supply) (even) neighbourly needs
Surah Al-Maun merupakan surah ke 107 di dalam al-Quran yang merakamkan 1001 makna disebaliknya. Surah ini dimulakan dengan pertanyaan dan jawapannya terdapat pada ayat ke-2. mungkin jawapan ini berbeza dengan jawapan tradisional yang sering kita dengari, namun inilah hakikatnya. Mereka yang telah singgah islam dihatinya, tentu dia tidak akan bertindak demikian. Iman yang benar dalam Islam menuntut amal perbuatan untuk menyokong iman yang dilafazkan, yang digerakkan melalui hati supaya melakukak kebajikan dan memberi manfaat kepada sesama manusia yang memerlukan perhatian dan perlindungan. Ulama hadith dan fiqh berpendapat Iman ialah "bertasdiq dengan hati, iqrar dengan lidah, beramal dengan sekalian rukun" jadi nyatalah bahawa orang yang beriman hendaklah ia beramal kerana amalanlah yang membuktikan keimanannya.
Ayat ke3 dan ke4 benar-benar menyentuh hati saya. Saya tertanya-tanya adakah saya termasuk dalam golongan yang Allah sebutkan, Celakalah (Nauzubillah) Sukar untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat. Ianya harus dipelajari secara berperingkat. Bagaimana ingin membawa hati hadir sepenuhnya ke dalam solat adalah pucuk persoalan utama. Kadang-kadang kita lupa solat yang diamalkan lima kali sehari merupakan manifestasi dari perhambaan diri kita kepada Yang Esa semata-mata. Solat seharusnya memberi kesan secara menyeluruh dalam hidup seorang muslim sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Ankabut45 "Dan dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu melarang kamu dari segala kejahatan dan kemungkaran" Ayat inimembawa kita untuk merenung kembali sejauh mana tahap solat yang kita dirikan, adakah solat yang kita dirikan saban hari sepanjang waktu ini telah menjaga diri kita dari melakukan hal-hal yang dilarang Allah? Jika tidak, mungkin masih ada ruang-ruang yang harus kita sempurnakan. Dan bermuhasabahlah melalui ayat 3&4 ini, kerana Allah mengancam orang2 dengan kebinasaan kerana mengerjakan solat itu tanpa apa-apa ertinya dan tidak ada roh di dalamnya.
Pada ayat ke 6 pula ada menyebutkan mengenai riya iaitu salah satu perasaan yang erosakkan amal. Saidina Umar pernah berkata kepada Mu'adh bin Jabal yang sedang menangis, "kenapa engkau menangis" Jawabnya: "Kerana ada hadith yang aku telah denga dari Rasulallah yang menyatakan bahawa 'sedikit saja riya' itu adalah syirik'. Harith al-Muhasabiberkata Riya itu ada dua macam: 1.Engkau memaksudkan taat kepada manusia 2.engkau memaksudakannya kepada manusia dan kepada Allah. Kedua-duanya adalah memusnahkan amal, dan iabukanlah amal yang bersih, malah ia menipukan diri sendiri. Riya itu biasa ada pada amal. Amal itu dikerjakan untuk diperlihatkan kepada orang dan ada pula yang meninggalkan amal takut nanti dikatakan riya. Walhal padahal dia berpikir demikian, riya itu sudah mula menular dihati.
Semoga kita berusaha meningkatkan kualiti amal yang dilakukan sehari-hari. Jika tidak punahlah ibadah yang kita kerjakan selama ini dan barangkali menjadi sebagaimana salah satu hadith yang pernah disebutkan,
Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, Rasululllah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
"Sungguh aku mengetahui beberapa kaum dari ummatku yang datang pada hari Kiamat kelak dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah yang putih, lalu Allah jadikan kebaikan-kebaikannya tersebut seperti debu yang berterbangan, mereka itu adalah saudara-saudaramu, dari jenis kulitmu, dan mereka menjadikan malamnya sebagaimana kalian menjadikannya, akan tetapi mereka kaum yang apabila dalam keadaan sepi mereka melanggar larangan-larangan Allah.” (HR. Ibnu Majah, hadits ini dishahihkan oleh Syekh Al-Al-Bani)
[sumber rujukan tafsir fizilal (sayyid Qutub), Hadith 40 (Mustafa Abd Rahman) Dwn Pustaka Fajar]