6 huruf yang begitu mendalam maksudnya-SYUKUR-

Semalam kami banyak berbicara mengenai syukur. Sejak kapan tahu syukur itu bergerak seiring dengan ucapan 'alhamdulillah' --> Segala Puji Bagi Allah
Namun Rasulallah telah mengajar kita bahawa syukur tidak terhad hanya sekadar melafazkan kata-kata dibibir. Namun ianya harus disusuli dengan menzahirkan perbuatan. Pada suatu malam, Saidatina Aisyah mencari Rasulallah yang tiada di tempat tidur dan beliau menemui baginda sedang melaksanakan qiyamullail hingga bengkak kedua kaki beliau. Aisyah merasa takjub lalu bertanya baginda, "Ya Rasulallah, Engkau masih berbuat seperti ini padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu pada masa sekarang dan masa depan"
Rasulallah menjawab "Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?"
[Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim]
Sedang Rasulallah yang bersifat maksum dan sesungguhnya pada bagindalah suri teladan yan terbaik. Syukur tidak cukup sekadar menzahirkan perkataan alhamdulillah, namun harus dibuktikan melalui amal, mengerjakan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita untuk perkara yang diredhai Allah.
Saya suka akan kata-kata Ibn Al-Qayyim yang telah menyimpulkan erti syukur dalam kata-kata yang amat ringkas dan padat. kata beliau,
"syukur ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hambaNya dalam bentuk pujian, di hatinya dalam bentuk CINTA kepada-Nya, dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk."
Cuba bayangkan, kita amat menyayangi ibu bapa kita yang telah bersusah payah melahir dan membesarkan kita. Jadi, kita akan cuba sedaya upaya kita buat perkara yang ibubapa kita suka, yang akan buat mereka rasa senang dengan kita. Kalau dengan dapat no1 ibu gembira, kita akan cuba sedaya upaya belajar bersungguh dan jika ayah kita suka anaknya basuh kereta si anak akan cuba basuh kereta itu untuk memikat hati ayah, sebab kita sayang ibu ayah yang dah buat macam-macam untuk kita.
Jadi, perkara yang sama kita boleh aplikasi di sini. Banyak sangat nikmat yang Allah beri pada kita, nikmat alam-tempat kita tinggal, nikmat nyawa-hembusan nafas yang menghidupkan jasad, nimat pancaindera- yang membolehkan kita menikmati alam ini dari pelbagai cara dan jika kita nak senaraikan memang berkajang-kajang kertas yang diperlukan. Bahkan bukan itu sahaja, dalam bacaan Ma'thurat kita juga ada dinyatakan
"Maha Suci Allah dengan memujiNya, sejumlah makhlukNya, serela diriNya, seberat aisyah dan sebanyak tinta bagi kalimahnya"
Subhanallah, sedang air laut seluas 7 lautan itupun tidak mampu digunakan untik menulis nikmat-nikmat Allah, jadi pantaskah kita berpaling dan tidak menunaikan hak-hak kepada Yang Esa.

No comments:

Post a Comment