Dari Hudzaifa R.a bahawa apabila Baginda S.A.W hendak tidur, baginda akan membaca "Bismika Allahumma amutu wa ahya (Dengan Nama Engkau Ya Allah aku Hidup dan aku mati)." Dan apabila baginda S.A.W baginda bangun dari tidur, beliau akan membaca: "Al-hamdu lil-lahil-ladhi ahyana ba'da ma amatana; wa ilaihi an-nushur (Segala puji Allah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNya dibangkitkan)." (Hadith Riwayat Bukhari)
Dari Irbad Bin Sariyah bahawa baginda S.A.W selalu membaca Al-Musabbihat sblm masuk tidur dan bersabda: "Ia mengandungi ayat yg mana lebih dari dari seribu ayat." (Riwayat Abu Dawood)
Dari Aisyah R.A apabila baginda S.A.W apabila hendak masuk tidur, baginda akan meniupkan kedua telapak tangan selepas membaca Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq dan Surat An-Nas, dan baginda akan menyabut keseluruhan badannya bermula dari kepala, muka dan bhgn depan badannya. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali. (Hadith riwayat Bukhari)
Dari Al-Bara' bin Azib R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah:
jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). Al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut: آمَنْتُ بِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah آمَنْتُ بِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ "(Hadith Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila seseorang itu ingin tidur, hendaklah dia menyimpulkan penghujung kainnya lalu membuang debu-debu yang ada kemudian membaca: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku di tempat tidurnya selepas itu. Apabila dia ingin berbaring, hendaklah dia berbaring di atas lambung kanan. Kemudian berdoa:
(Hadith Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment