Di sebalik kisah TITANIC

Dulu aku gemar menonton filem TITANIC, lakonan actor kacak Leonardo di Caprio. Dan setelah menontonnya berkali-kali, aku akan forwardkan CD itu hanya di part2 kesukaanku, especially part kemusnahan kapal. Aku kagum dengan effect yang mereka gunakan hingga lupa untuk memikirkan ibrah disebalik kejadian tersebut.
Jika difikirkan, kenapa agaknya Allah menimpakan tragedi yang dasyat itu hingga peristiwa itu terpahat dalam sejarah manusia. The Unsinkable boat is sank. Titanic surpassed all her rivals in luxury and opulence.And since they are pretty confident with the safety level, only 20 lifeboats were carried along.
But Allah the Almighty Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Seharusnya manusia tidak boleh terlalu yakin dalam mengatakan sesuatu dan setiap perkataan haruslah disusuli dengan ucapan Insya Allah. Kerana kita tidak tahu apa perancangan Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.
Rasulallah sendiri pernah mendapat teguran daripada Allah s.w.t apabila baginda seolah-olah berjanji akan memberi jawapan akan soalan yang dikemukakan oleh seorang sahabat. Namun Allah tidak memberikan jawapanNya keesokan harinya dan akhirnya turunlah ayat yang termaktub dalam surah Al-Kahfi
Dan jangan sekali-sekali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi”. Kecuali (dengan menyebut):”Insya Allah” dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa, dan katakanlah:”mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada ynag lebih dekat kebenarannya daripada ini” — (Al-Kahfi (18), 23-24).

Jadi manusia itu tidak boleh terlalu yakin akan sesuatu perkara. Sama halnya seperti Kisah kapal Titanic itu. Penciptanya dan semua yang berkaitan merasa bangga akan ciptaan mereka dan yakin ia tidak akan bakal tenggelam. Namun kuasa ALlah mengatasi segalanya dan kapal hebat itu akhirnya musnah melanggari iceberg pada tanggal 14 April 1912 dan menggadaikan 1,517 nyawa orang.
Renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment