"Seta telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golonan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan setan itulah golongan yg rugi"
[Al-Mujadilah:19]
[Al-Mujadilah:19]
Syaitan bekerja keras unutk memastikan kita bersama-sama mereka di neraka nanti. Jika pada asalnya mereka membisikkan bisikan halus agar kita melupakan sesuatu perkara. Tapi yang ajaibnya, mereka rela kita memiliki kembali perkara yang mereka usahakan untuk kita lupa asalkan kita lalai mengingati Allah dalam solat. Betapa mereka bijak mengatur strategi dalam menghasut manusia menarik mereka menuju jahiliyah yang hitam pekat. Benarlah kata Allah
"...Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" dan hendaklah kamu menyembah-Ku; inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan diantara kamu, sebahagian besar dari kamu, maka tidakkah kamu berfikir dan insaf?" [Yasin:20-22]
Ngeri bila saya cuba fikirkan dan jelmakan mereka dalam dunia fizikal. Salah satu sebab kenapa kita tidak dapat merasai bahawa mereka adalah musuh yang nyata kerna kita tidak dapat zahirkan mereka dalam dunia yang nyata ini. Alam ghaib ini jika kita tidak Allah hijabkan, pasti semua manusia akan jadi baik. Semua manusia akan takut nak buat dosa. Mesti ramai akan berpada-pada bila melakukan sesuatu. Namun Allah hijabkan semua tuh untuk menguju siapa diantara kita yang baik amalannya, yang elok imannya dan kefahaman terhadap agamanya.Jadi apa yang perlu dibuat rasanya untuk merasakan bahawa mereka adalah musuh yang nyata? Emm saya pun agak pening mula-mula. Adakah perlu bayangkan macam buku Asuh yang baca time kecik-kecik dulu, syaitan pegang tongkat, ada tanduk, muka merah etc ect jika itu salah satu teknik utk buat kita menjauhi kemaksiatan tika itu, insya Allah itu blh dijadikan cara.
Namun lebih elok kiranya, kita tahu apa yan kita buat adalah perkara yang diredhai Allah kerana itu adalah tanda-tanda orang yang bertakwa. Sebagaimana maksud takwa yang diberi oleh Saidina Umar,
Tanya S.Umar "bagaimana kamu melalui jalan yang berduri?
jawap sahabat tersebut, "berhati-hati sebelum meletakkan kaki kedalm duri"
"Itulah Takwa"
Dan saidina Ali menjelaskan dengan lebih terperinci definisi takwa. Insya Allah kita akan kongsikan dalm post yg lain. Jadi, bila kita buat sesuatu sebab mengharapkan redha Allah semata-mata, secara automatik kita akan meninggalkan perkara yang Allah benci iatu perkara yang syaitan suka.Insya Allah. Jadi apabila kita berhati-hati, itu adalah kunci kepada ketakwaan yang akan meninggikan darjat kita di sisi Allah dan insya Allah kita akan Allah bantu dalam menjauhkan diri dari godaan syaitan, musuh yang nyata yang telah Allah beri penangguhan waktu sehingga Hari Akhir nanti.jawap sahabat tersebut, "berhati-hati sebelum meletakkan kaki kedalm duri"
"Itulah Takwa"
Jadi jom kita sama-sama sediakan perisai melawan jahiliyah dan menajamkan pedang iman dan takwa kita agar kita terhindar dari seranan musuh yang datang dari segenap arah
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment