Hmmm kalau diikutkan, memang banyak tips yang pernah saya baca, macam
beri hadiah, ingat tarikh-tarikh yang penting dalam hidup si dia, buat apa yan dia sukai dan jika sekiranya hal itu kita tidak sukai sekalipun, kita akan lakukan semata-mata
untuk meraih cinta insan istimewa tersebut. Tidak wujud perasaan terpaksa dan segala yang kita lakukan terbit dari kerelaan yang lahir dari dalam hati kita sendiri. Indahnya perasaan dicintai bukan, ia membuatkan kita
ingin sentiasa mencurahkan sayang kita kepadanya. *blushing n smiling* Dan apabila kita kasih kepadanya, sayang padanya, cinta padanya, mudah sekali hat ini diulit rasa cemburu bukan? kita sentiasa ingin menjadi yang utama. Untuk diduakan, OH NO! itu sesuatu yang tidak mahu dibayangkan meskipun dalam mimpi yang pendek.
Begitulah halnya orang yang dalam dunia percintaan. Segalanya indah, segalanya best. Bak kata orang, hidup bagaikan di syurga. Jika semua hal indah ini kita mampu rasai meskipun insan istemewa itu baru kita kenali dalam masa yang singkat,
bagaimana pula perasaan kita terhadap DIA yang telah mengenali kita sebelum kewujudan kita sendiri? adakah kita berusaha meraih cintaNYA sebagaimana kita berusaha meraih cinta dia yang istimewa?
Saya sendiri keliru untuk memberi jawapan pada mulanya. Jika kita ingin menggembirakan si ibu, kita akan lakukan apa yang dia sukai, kita akan memberi hadiah etc etc etc. Apabila cinta si ibu kita peroleh, senanglah nanti nak keluar ke, nak beli barang ke, nak jalan-jalan ke. BEST kan.
Cuba bayangkan kita ingin
bodek Allah pula. Allah suruh kita solat, puasa jadi kita buat semua tuh sebab Allah yang suruh. Then kita tahu Allah suka orang yang bersedekah, hormat ibu-bapa, layan tetamu dan pembersih, jadi kita pun buat semua tu sebab Allah suka orang yang macam tu. And untuk flatter pulak apa kata kita ikut apa yang manual kita cakap
"
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. (QS. 2:245)
Menarikan offer tuh, kita buat apa yang DIA suka, nanti DIA akan bagi kita lebih lagi. Next if kita bercinta dengan orang, kita akan texting, calling kan tanda rindu-rinduan, or untuk ngadu time sedey kan. Tapi if manusia mungkin je dia lupa nak reply or busy and tak sempat nak layan tapi kalau Allah, DIA dah kata:-
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu 98, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (ni'mat)-Ku. (QS. 2:152) Bestnya bercinta dengan Allah. Bukan sampai situ jek tau, bahkan Allah dan offer awal-awal lagi, kalau ada masalah bagitau, minta dengan DIA jangan segan-segan.
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)
Tapi bersyarat jugaklah, kena minta baik-baik and buat apa yang DIA suka, menerusi solat and relax dont panic, sabar.
Seronok kan bercinta dengan ALLAH. We get everything in return, bahkan lebih lagi. Tapi seelok-eloknya adalah sebenar-benar cinta kan, bukan sebab kita takut orang tu marah or etc. Kalau itu yang kita rasakan, maka cinta kita belum cukup ikhlas. Contohnya jika kita compare rasa sayang kita kepada ibu dengan sayang bos, berbeza bukan? Jika ibu yang suruh kita buat sesuatu, kita akan buat dengan sebaik mungkin sebab kita sayang ibu dan nak ibu gembira bila tengok hasilnya, while on the other hand, if dengan bos plak, kita lebih risau jika kita buat kerja tak sempurna sebab takut nanti bos marah. Jadi rasa sayang itu masih dibatasi oleh rasa tanggungjawab. Saya yakin, rasa cinta itu melebihi segala rasa yang lain. Bila kita cinta, kita akan bertanggungjawab, tapi belum tentu bila kita ada rasa tanggungjawab, perasaan cinta itu akan muncul.
Jadi apa lagi, jom bercinta dengan Allah:) Dengan sebenar-benar cinta yerr;>